Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

11  
Surah AlKahfi. Ayat 087.

Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

12  
Surah AlFurqaan. Ayat 069.

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;

13  
Surah AtTaubah. Ayat 002.

Oleh itu hendaklah kamu (wahai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).

14  
Surah ArRa’d. Ayat 034.

Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.

15  
Surah AlAhzab. Ayat 057.

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.

16  
Surah AlInfitar. Ayat 016.

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

17  
Surah AlMujadilah. Ayat 005.

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,

18  
Surah Ali'Imran. Ayat 011.

(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.

19  
Surah AlHasyr. Ayat 003.

Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak.

20  
Surah AlHadid. Ayat 024.

Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina) dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.